Wednesday 24 March 2021

SMK JALAN OYA (2020)

SMK Jalan Oya

Hai semua :). Lama sudah tidak kemaskini maklumat dan berkongsi dalam blog Cikgu Johndana ini.

Tahun ini adalah tahun kedua berkhidmat di SMK Jalan Oya setelah perpindahan diluluskan pada tahun 2020.

Dalam sedar tak sedar sudah 15 tahun saya telah berkhidmat di SMK Durin yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan, pengalaman serta kematangan saya dalam bidang pendidikan ini khasnya sebagai seorang guru. Terima kasih kepada SMK Durin, semua guru, dan kakitangan sekolah yang pernah bekerja bersama sepanjang 15 tahun ini. Kenangan pahit dan manis  bersama kalian akan sentiasa saya ingat dan hargai. Semoga kita sentiasa maju pada masa akan datang.

Sekolah baru tempat saya mengajar adalah SMK Jalan Oya iaitu sebuah sekolah yang masih lagi dalam daerah Sibu cuma lebih dekat dari rumah saya kira-kira 20 minit perjalanan. Sekolah yang tidak jauh berbeza dengan SMK Durin sebab masih lagi kategori sekolah luar bandar. Persekitaran sekolahnya sangat-sangat teratur dan sangat dijaga. Sekolah yang mempunyai guru-guru dan kakitangan-kakitangan yang peramah dan mesra serta sentiasa memberikan bantuan jika diperlukan. Maklumlah sebagai guru baru, banyak benda yang kita tidak biasa dan sentiasa dalam proses untuk membiasakan diri. Semoga perjalanan kerjaya di sekolah yang baru ini dapat memberikan pengalaman dan pengajaran yang lebih mematangkan diri kita dalam bidang pendidikan.

 

Facebook: https://www.facebook.com/semenjaya

Blog SMK Jalan Oya: https://smkjo3202.blogspot.com/


Thursday 6 November 2014

i-Think SMK Durin Sibu

Terima kasih cikgu Kelemin Setia selaku admin untuk blog ithink smk durin..banyak link berguna kepada kita telah diletakkan di sini.
i-Think SMK Durin Sibu

Selamat kembali ke alam blog

Huhhhh...lama dah tak menjenguk ke dalam blog saya ni...sibuk dengan perkara-perkara online yang lain. Maklumlah sekarang ni semua benda kena buat secara atas talian..

Tuesday 6 May 2014

Hampir satu bulan dah tak masuk blog. Hari ni walaupun sibuk, cuba mencoret sesuatu untuk dikongsikan. Beberapa minggu ni, sibuk menyediakan kertas soalan kimia T5 dan Matematik T3 untuk peperiksaan pertengahan tahun nanti. Banyak masa diperlukan untuk memastikan soalan-soalan yang disediakan mematuhi spesifikasi ujian dan sesuai untuk para pelajar.
Untuk PnP pula, Kimia T5 sekarang saya tengah mengajar Bab 3 iaitu Tindak balas redoks. Banyak maklumat dan konsep penting perlu diterapkan kepada para pelajar. Contoh-contoh eksperimen yang terlibat perlu dibincangkan.
Program hafalan untuk kelas Kimia telah bermula. Bahan hafalan ialah Siri Kereaktifan Logam... : ) Seronok nampaknya para pelajar menghafalnya. Dua istilah iaitu elektropositif dan elektronegatif juga turut dihafal.

Friday 11 April 2014

Wow...setelah sekian lamanya

Syukur,.... sekian lama setelah mencuba sendiri buat blog ni, akhirnya berjaya juga...aduhhhh..masih terlalu awal dan banyak lagi benda yang saya perlu belajar dalam dunia blogger ni..maaflah kalau banyak benda yang kurang dan tak betul.. : )