Wednesday 24 March 2021

SMK JALAN OYA (2020)

SMK Jalan Oya

Hai semua :). Lama sudah tidak kemaskini maklumat dan berkongsi dalam blog Cikgu Johndana ini.

Tahun ini adalah tahun kedua berkhidmat di SMK Jalan Oya setelah perpindahan diluluskan pada tahun 2020.

Dalam sedar tak sedar sudah 15 tahun saya telah berkhidmat di SMK Durin yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan, pengalaman serta kematangan saya dalam bidang pendidikan ini khasnya sebagai seorang guru. Terima kasih kepada SMK Durin, semua guru, dan kakitangan sekolah yang pernah bekerja bersama sepanjang 15 tahun ini. Kenangan pahit dan manis  bersama kalian akan sentiasa saya ingat dan hargai. Semoga kita sentiasa maju pada masa akan datang.

Sekolah baru tempat saya mengajar adalah SMK Jalan Oya iaitu sebuah sekolah yang masih lagi dalam daerah Sibu cuma lebih dekat dari rumah saya kira-kira 20 minit perjalanan. Sekolah yang tidak jauh berbeza dengan SMK Durin sebab masih lagi kategori sekolah luar bandar. Persekitaran sekolahnya sangat-sangat teratur dan sangat dijaga. Sekolah yang mempunyai guru-guru dan kakitangan-kakitangan yang peramah dan mesra serta sentiasa memberikan bantuan jika diperlukan. Maklumlah sebagai guru baru, banyak benda yang kita tidak biasa dan sentiasa dalam proses untuk membiasakan diri. Semoga perjalanan kerjaya di sekolah yang baru ini dapat memberikan pengalaman dan pengajaran yang lebih mematangkan diri kita dalam bidang pendidikan.

 

Facebook: https://www.facebook.com/semenjaya

Blog SMK Jalan Oya: https://smkjo3202.blogspot.com/


No comments:

Post a Comment